BERTUDUNG : Fesyen atau Tuntutan?

Assalamualaikum wbt,

Akhirnya berkesempatan juga nak mengupas topik yang satu ni. Baru-baru ni terbaca dekat salah satu tabloid yang tajuknya ‘Gambar 16 artis wanita ‘Hijrah’ sudah bertudung’. Alhamdulillah baguslah, rasa sangat gembira dan terharu apabila semakin ramai yang mula bertudung. Tapi jangan pulak bertudung tu sebab ikutan, fesyen atau nak mendapat publisiti. Maaf, kalau bahasa yang digunakan membuat hati tersentap. Cuma rasa marah dan panas apabila melihat sikap dan pemikiran kebanyakan orang berkaitan bertudung. Sebenarnya beberapa hari ni, rajin mencari tudung online nak cari yang berkenan untuk di pakai hari raya nanti. Hehehe… Tup-tup, Adalah beberapa blog yang jual tudung online nie. Isyyy, geramnyer tengok! Dah la tudungnya pendek dan menampakkan dada. Pastu model nyer bukan sekadar pakai tudung pendek, malah mengenakannya hanya dengan memakai inner baju. Faham-fahamlah inner baju macam mana design nyer! Ada yang satu blog ni, sejuk jer hati sebab dia serta kan hadir Rasullullah s.a.w berkenaan dengan tuntutan bertudung. Tapi tudung yang dijualnya tu, Masyaallah!pendek2x. Apa yang saya nak tekankan, saudari pemilik blog tudung online tu telah menyalahgunakan hadis tersebut. Rasullullah saw memang menyuruh wanita beriman bertudung/menutup aurat. Tapi ada etika dan panduan yang betul!

Saya ni tak lah baik sangat atau begitu bagus soal agama. Menyedari kelemahan dan kekurangan dirilah saya mencari ilmu dan kebenaran dengan membaca bahan bacaan yang berunsur Islamik, mendengar ceramah @ menghadiri majlis ilmu, dan berkawan serta bertanya dengan mereka yang arif. Dari situlah saya belajar mengenal dan lebih mencintai ISLAM.

Berbalik kepada topik asal iaitu Bertudung: Fesyen atau tuntutan? Semakin ramai wanita sekarang nie yang mula menyedari kewajipan mereka dalam menjaga aurat (bertudung). Tapi maaf kalau saya katakan bahawa ramai yang jahil pasal isu bertudung ni! Rata-rata beranggapan bahawa rambut itu adalah satu-satunya aurat dan mahkota yang perlu dijaga. Lantaran itulah dapat diperhatikan banyak fesyen tudung sekarang nie (yang bermacam-macam design) direka dengan saiz yang kecil. Alaaaaa, nak tutup rambut jer!! Mungkin tu lah tanggapan dan fahaman mereka! Aurat wanita bukan sahaja rambut! Anggota badan yang boleh di pertontonkan/diperlihatkan kepada orang hanyalah muka dan kedua-dua belah tapak tangan (tapak tangan dan belakang tapak tangan). Jelas tak di sini? Rasa sedih apabila wanita bertudung tetapi masih memperlihatkan anggota badan yang lain. Contohnya, memakai pakaian yang mengikut potongan dan akhirnya menampakkan susuk tubuh badan. Inilah apa yang diperkatakan oleh orang kebanyakan ‘baju adik’. Tak cukup dengan itu! Ditambahkan lagi dengan pakain yang nipis2x, umpama pakai dan tak pakai jer. Begitu juga dengan tudung, bertudung tapi pendek dan jarang. Yang mana ia menampakkan dada dan juga boleh scan nampak leher/tengkuk. Masyaallah. Mungkin akan ada yang berkata, orang-orang arab tu ok jer pakai tudung tapi still nampak rambut! Macam mana? Apa-apapun, rujuklah hadis/sunnah @ tanyalah orang alim ulama.Tengoklah dalil dan hadis dekat bawah tu! Fikir dan renungkanlah sendiri.

  • "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."  (An-Nur : 31)
  • Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
  • "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
  • "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
  • "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

Belum habis lagi, ada nak celoteh lagi nie! Still pasal isu tudung. Lagi satu benda yang menjadi trend muslimah betudung zaman skang nie adalah memakai sanngul palsu. Tahu tak anda bahawa memakai sanggul palsu itu adalah HARAM hukumnya?! Tak percaya?
  • “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad , jil.2, ms. 223.
  • “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” (hadith riwayat Muslim. Hadith no 212)
Kawan-kawan sama-samalah kita bermula dengan yang asas ini. Mudah-mudahan, ALLAH akan meniupkan rasa keinsafan, dan keimanan kepada kita semua golongan wanita. Pulanglah ke jalan ALLAH, marilah kita bersama-sama melatih dan mendidik diri menjadi hamba-NYA yang solehah. Marilah kita berdoa, agar diberikan hidayah. Jagalah aurat kita, jagalah akhlak kita. Kerana akhlak dan peribadi orang mukmin itu lebih cantik dan indah berbanding orang kafir.

 
Dalam ramai-ramai artis kat atas nie, paling suka Irma Hasmie dan Diana Amir. Kerana cara mereka bertudung,mengikut apa yang sepatutnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga yang baru sahaja berlatih bertudung tu dapat memperbaikinya lagi. Insyaallah

Ulasan

Catatan Popular