Kekasih Sejati

Alhamdulillah, dipertemukan kita buat yang kesekian kalinya di bulan Rabiulawal. Bulan ketiga dalam kalendar hijriah. Kekasih umat Islam yang sangat dikasihi dan dirindui, Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabiulawal, tahun gajah. Tidak terlalu awal kiranya, diucapkan salam maulidul rasul kepada semua.

Masih ingatkah kita akanperistiwa tentera abraha yang ingin meruntuhkan Kaabah? Masih ingat kah kita kepada kekasih ALLAH, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib? Masih ingatkah kita akan perjuangannya demi menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini? Masih ingatkah kita akan pahit getir yang baginda lalui demi tali ALLAH (iaitu ISLAM)? Masih ingatkah kita semua? Rindukah kalian kepadanya? Kasihkah kalian kepadanya? Bagaimana ingin mempamerkan dan menterjemahkan perasaan itu? Teruskanlah perjuangan Baginda! Sayangi, cintailah agama ALLAH, berselawatlah kepada Baginda, keluarga dan juga para sahabat.
Lantas, bagi memperingati kekasih umat Islam yang sangat dicintai ku titipkan video ini untuk tatapan kita semua. Ucapan terima kasih kepada sahabat sepengajian ku yang telah menyediakan video ini untuk tugasannya. Masih ku simpan video ini sehingga kini. Mampu meruntum dan menyentuh hati. Kasih dan cintailah Rasul mu, cintailah agama mu dan yang paling penting kasih dan cintalah kepada maha Pencipta.



Bagi memperingati Nabi Muhammad s.a.w :




Ulasan

Catatan Popular