TBS oh TBS
Assalamualaikum,
Agak lama juga rasanya tidak mencurahkan idea dan cerita kat blog. Kadang-kadang tu rasa malas jer nak menekan punat-punat kecil kan depan mata ni. Tapi hari ni, gagahkan juga sebabnya memang nekad nak menulis kat Kanvas Hati ni.
Apa yang di kongsikan ini adalah kisah benar dan benar-benar tejadi. Kisah ini berlaku kepada diri aku. Sedih dan geram masa perkara ni jadi kat aku. Sudah terang lagi bersuluh dan tak perlulah nak berkias-kias tentang apa yang nak dikongsikan ni. Insiden ni berlaku 2 atau 3 minggu lepas, sewaktu aku nak pulang ke selatan tanah air (my sweet home). Bas yang aku akan naik ni adalah jam 7.30 malam.
Oleh sebab takut terkocoh-kocoh @ terlambat, maka aku bertungkus lumus selama seminggu dua tu untuk menyiapkan segala kerja sebelum aku bercuti. Dengan niat tak nak membebankan orang lain, sewaktu aku bercuti. Lagi pun kerja nya memang berguni-guni 'time' tu. Aku cabut keluar 'office' jam 5.30 petang sebab khuatir orang ramai kat stesyen LRT nanti. Aku berjalan hampir setengah jam ke KLCC untuk menaiki LRT ke Masjed Jamek. Sampai di Masjid Jamek aku tunggu LRT ke Sri Petaling lebih kurang 15 - 2-0 minit. Alhamdulillah aku sampai ke TBS dalam pukul 6.20 petang (tak ingat).
1st thing yang aku buat ialah tunaikan solat Asar terlebih dahulu. Kemudian aku ke restoran KFC untuk mengisi perut. Takut-takut dalam bas nanti lapar ker, tak pasal-pasal gastrik plak. Aku siap makan, dan tengok jam 7.15 malam. Aku berkira-kira sama ada nak terus ke platform atau tunaikan solat Maghrib dulu. Kalau terus ke platform, takut bas 'delay' tak ke aku dah buang masa. Aku buat kuputusan untuk solat maghrib terlebih dulu, walaupun boleh d'jamakkan. Bukannya apa, kita tak tahu apa yang akan berlaku, so sekurang-kurangnya aku dah jalankan kewajipan.
Aku turun ke platform jam 7.31 mlm (lewat seminit jer). Aku tengok 'gate 1', kosong, tak ada staf jaga dan tak ada bas lagi. 'Delay' agaknya, sangka aku. Aku tengok skrin, bas yang ke destinasi aku tu banyak 'delay'. Hampir setengah jam aku tunggu takkan la bas 'delay' lama sangat (aku menggerutu sendiri). Aku beranikan diri bertanya kepada staf yang bertugas. Usai dia bercakap melalui 'walkie talkie', dia beritahu bas dah bertolak jam 7.34 mlm tadi. Aku tak puas hati dengan jawapan dia. Mana mungkin bas gerak 7.34 mlm aku tak perasan! Aku ada kat platform jam 7.31 mlm, x ada bas pun kat 'gate 1'. Lagi satu perkara, aku tak dengar langsung nama aku dipanggil. Sebab menurut kawan, kalau naik bas yang diselia oleh TBS mereka akan panggil nama penumpang yang masih belum menaiki bas. Sebabnya sewaktu beli tiket, mereka akan minta nama/IC. Jadi, itu lah sebabnya sebelum naik bas, staf TBS akan periksa nama penumpang. Nampaknya, ia hanya indah khabar dari rupa. Menurut staf yang bertugas, mereka tidak semestinya akan panggil nama kalau penumpang tak ada/belum naik. Jawapan yang sungguh mengecewakan!Ini menunjukkan cara/sistem kerja yang tidak efektif dan efisien.
Sementara menunggu bas 'gantian' (delay selama 1jam 30 minit dari jadual), aku memerhatikan gelagat dan cara kerja staf TBS. Selepas aku menjadi mangsa tertinggal/ditinggalkan bas, kerap juga lah mereka memanggil nama-nama penumpang yang masih belum menaiki bas. Dalam pada masa tu lah, aku terdengar 'cadangan yang cukup bernas' dari salah seorang staf. Dia suruh jer bas jalan, walaupun hakikatnya masih ada penumpang yang belum menaiki bas dan nama mereka sudah diumumkan sebanyak 1@2 kali. Ikutkan hati, mahu sahaja, aku minta senarai nama penumpang bas yang aku naiki. Tapi aku tak nak membesar-besarkan hal ni, walaupun rasa geram dan kecewa!
Pedoman buat kawan-kawan yang menaiki bas di TBS, nasihat saya pastikan anda awal 25 minit dari waktu yang sepatutnya. Jangan bermimpi nama anda akan dipanggil jika anda lewat/tiada di paltform! Buat pengusaha/pengendali bas, pilihlah waktu perjalanan yang sesuai. Apalah salahnya, kalau waktu perjalanan tu di tukar kepada 7.45 mlm. Sekurang-kurangnya, kami yang muslim ni tidak lah terkocoh-kocoh @ terpaksa tinggalkan maghrib walaupun hakikatnya boleh dijamakkan.
Fikir-fikirkan...

Ulasan