Adab Bergurau
“ Saya pun suka bergurau senda, tetapi saya tidak akan mengucapkan sesuatu melainkan yang hak . “ ( Riwayat At Thabrani )
ULASAN HADIS:
1. Bergurau senda yang terlarang ialah yang dilakukan secara terus menerus serta
melampaui batas. Bergurau dengan cara yang begini dengan membuat permainan yang
mentertawakan serta lucu akan menyebabkan sentiasa ketawa dan akan mengundang hati
keras lupa pada ALLAH.
2. Jika sekiranya bergurau senda yang tidak ada ciri-ciri seperti di atas maka ianya tidaklah
tercela, kerana Baginda SAW juga bergurau tapi bukanlah tujuan utama supaya orang
ketawa.
3. Suatu ketika ada seorang perempuan tua datang bertemu Rasulullah SAW, lalu beliau
bertanya : Ya Rasulallah, doakan saya agar masuk Syurga.” Baginda SAW menjawab : “
Tidak dapat masuk Syurga seorang tua. “ Wanita tua itu terus menangis, sebab jika tidak
dapat masuk Syurga maka nerakalah untuk dirinya. Sejurus itu, Rasulullah SAW bersabda
lagi : “ Bila Ibu masuk Syurga keadaan dirimu kembali muda. “ Sesungguhnya Kami telah
menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, sentiasa dara ( yang tidak
pernah disentuh ). ( Riwayat Tirmizi ). Wanita tua itu pun ketawa, sebab merasa keliru
dengan penjelasan Nabi SAW yang pertama dan merasa gembira kerana masih ada
harapan untuk masuk Syurga.
4. Sekadarnya sahaja bergurau bukan berlebih-lebihan hingga mengundang permusuhan,
pepecahan, penipuan dan kelalaian. Semoga kita dapat mencontohi Rasulullah SAW
dalam segala perbuatan.
WALLAHU’ALAM
Sumber : Jabatan Pematuhan SyariahTakaful IKHLAS
Ulasan